Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Taman Ilmu dan Budi

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) logo

PENGENALAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menawarkan pelbagai peluang unik kepada pelajar untuk kecemerlangan akademik serta perkembangan kerjaya dan individu. Universiti ini komited terhadap pendekatan yang menyeluruh dan komprehensif dalam menawarkan program-program pendidikan tinggi dan menganggap menimba ilmu itu sebagai satu ibadah. Dengan menggabungkan sumber ilmu wahyu ke dalam kurikulum sains dan sastera, UIAM dapat menyumbang kepada tradisi keintelektualan dan juga peningkatan jatidiri di dalam masyarakat.

UIAM menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam program pengajian serta di dalam operasi hariannya manakala Bahasa Arab pula digunakan di dalam program Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Sains Kemanusiaan (Kesusasteraan Bahasa Arab) dan Undang-Undang (Shari'ah). Penggunaan dua bahasa ini menggambarkan salah satu daripada misi universiti iaitu keantarabangsaan.

FALSAFAH, MISI DAN VISI UNIVERSITI

Falsafah UIAM telah diilhamkan dari saranan yang dibuat di Konvensyen Pendidikan Muslim Sedunia yang pertama di Makkah dalam tahun 1398H (1977) berdasarkan kepada ayat al-Qur'an, khususnya ayat 1-5 dari surah Al-'Alaq, di mana ilmu pengetahuan hendaklah disebarkan dalam semangat Tauhid yang membawa kepada pengakuan bahawa Allah itu Esa, Pencipta dan Tuhan sekalian alam. Kesemua cabang ilmu pengetahuan hendaklah menuju ke arah pengabdian kepada kebenaran, ini kerana ilmu itu amanah dari Allah kepada manusia dan manusia hendaklah mempergunakannya sepertimana yang dikehendakiNya dalam menjalankan tugas sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini. Dengan cara ini, menuntut ilmu itu dianggap sebagai ibadah.

UIAM meletakkan visinya sebagai pusat kecemerlangan pendidikan antarabangsa dalam penyepaduan ilmu pengetahuan Islam di dalam semua disiplin dan mengembalikan peranan umat Islam dalam semua cabang ilmu pengetahuan. Visi ini diusahakan menerusi empat (4) aspek penekanan melalui misi universiti iaitu Integrasi, Islamisasi, Keantarabangsaan dan Kecemerlangan Menyeluruh.

MAKLUMAT PENTING

UJIAN BAHASA INGGERIS

Semua pelajar yang menerima tawaran kemasukan ke UIAM di wajibkan menduduki ujian Penempatan Bahasa Inggeris (English Placement Test, (EPT)) yang di anjurkan oleh Universiti ini. Pelajar-pelajar yang akan mengikuti program di mana bahasa pengantarnya adalah Bahasa Inggeris perlu mencapai tahap minima kecekapan bahasa Inggeris untuk melayakkan beliau memasuki tahun pertama pengajian.

Jikalau pelajar berkenaan tidak mencapai tahap minima kecekapan bahasa Inggeris yang telah ditetapkan untuk kemasukan ke tahun pertama pengajian, mereka dikehendaki mengikuti program Pra-Sessi (Pre-Sessional), iaitu kursus intensif Bahasa Inggeris, yang dianjurkan oleh pihak Universiti sekurang-kurangnya satu semester tertakluk kepada pencapaian mereka di dalam Ujian Penempatan Bahasa Inggeris tersebut. Para pelajar akan diterima masuk ke tahun pertama pengajian setelah mencapai tahap minima kecekapan bahasa yang telah ditetapkan oleh Universiti. Jangkamasa maksima program ini adalah dua (2) tahun.

Walaubagaimanapun, terdapat kategori pelajar yang tidak perlu menduduki Ujian Penempatan Bahasa Inggeris dan akan terus diterima masuk ke tahun pertama pengajian sekiranya mereka memperolehi sekurang-kurangnya 550 mata di dalam TOEFL (Test of English as a Foreign Language) atau lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Jadual berikut menunjukan tahap minima diperlukan mengikut program.

PROGRAM BAHASA PENGANTAR TAHAP MINIMA KECEKAPAN BAHASA INGGERIS BAGI SETIAP KOMPONEN (PENCERAPAN, PERCAKAPAN, PEMBACAAN, PENULISAN)
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam - Pengajian Quran dan Sunnah (Kepujian) Bahasa Arab 5.5
Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam - Fikah dan Usul Fikah (Kepujian) Bahasa Arab 5.5
Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam - Usuluddin dan Perbandingan Agama (Kepujian) Bahasa Arab 5.5
Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan -Komunikasi(Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan -Sains Politik (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan -Sejarah dan Ketamadunan (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan -Sosiologi dan Antropologi (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan -Psikologi (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan -Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan - Bahasa dan Kesusasteraan Arab (Kepujian) Bahasa Arab 5.5
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Sains(Pengajian Seni Bina) (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Seni Bina (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Lanskap (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Seni Reka (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Bahan) (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Pembuatan) (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Aeroangkasa) (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekatronik) (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Komputer dan Maklumat) (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Otomotif) (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Sains Tumbuhan Gunaan) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Sains Tumbuhan) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Kimia Gunaan) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Fizik) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) (Teknologi dan Sains Marin) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Sains BioPerubatan (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Audiologi (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Optometri (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Radiografi dan Pengimejan Diagnostik (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Antarangsa Bahasa Inggeris 6
Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Bahasa Arab untuk Komunikasi Antarabangsa Bahasa Arab 5.5
Sarjana Muda Perancangan Pelancongan dan Pengurusan Hospitaliti (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) (Kepujian) Bahasa Inggeris 6
Sarjana Muda Pendidikan Islam (Kepujian) Bahasa Arab 5.5
Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua) (Kepujian) Bahasa Arab 5.5

UJIAN BAHASA ARAB

Semua pelajar yang ditawarkan tempat pengajian ke UIAM diwajibkan menduduki Ujian Penempatan Bahasa Arab (Arabic Placement Test) yang dianjurkan oleh Universiti ini. Pelajar-pelajar yang akan mengikuti program di mana bahasa pengantarnya adalah Bahasa Arab perlu mencapai tahap minima kecekapan bahasa Arab untuk melayakkan beliau memasuki tahun pertama pengajian. Sekiranya pelajar berkenaan tidak mencapai tahap minima kecekapan bahasa Arab yang telah ditetapkan, mereka dikehendaki mengikuti program Pra-Sessi (Pre-Sessional), iaitu kursus intensif Bahasa Arab, yang dianjurkan oleh pihak Universiti sekurang-kurangnya satu semester tertakluk kepada pencapaian mereka di dalam Ujian Penempatan Bahasa Arab tersebut. Para Pelajar hanya akan diterima masuk ke tahun pertama pengajian setelah mencapai tahap minima kecekapan bahasa Arab yang telah ditetapkan oleh Universiti. Jangkamasa maksima program ini adalah dua (2) tahun.

Para pelajar yang mengikuti program di mana bahasa pengantarnya adalah bahasa Inggeris, perlu memenuhi keperluan Bahasa Arab sebelum bergraduat. Jadual berikut menunjuk tahap-tahap yang diperlukan mengikut keperluan program.

PROGRAM BAHASA PENGANTAR TAHAP MINIMA KECEKAPAN BAHASA ARAB BAGI SETIAP KOMPONEN (PENCERAPAN, PERCAKAPAN, PEMBACAAN, PENULISAN)
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Shariah)(Kepujian) Bahasa Arab 6
Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Pengajian Quran dan Sunnah) (Kepujian) Bahasa Arab 6
Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Fikah dan Usul Fikah) (Kepujian) Bahasa Arab 6
Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Usuluddin dan Perbandingan Agama) (Kepujian) Bahasa Arab 6
Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Bahasa dan Kesusasteraan Arab) (Kepujian) Bahasa Arab 6
Sarjana Muda Sastera Bahasa Arab untuk Komunikasi Antarabangsa (Kepujian) Bahasa Arab 5.5
Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua) (Kepujian) Bahasa Arab 5.5
Sarjana Muda Pendidikan Islam (Kepujian) Bahasa Arab 5.5

KAMPUS UIAM

Kampus induk UIAM terletak di tapak seluas 288 hektar di Gombak, dan perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira 20 minit. Rekabentuk bangunan kampus UIAM mempunyai ciri-ciri istimewa berasaskan senibina Islam, yang menggabungkan senibina moden dengan nilai-nilai estetika Islam yang indah. la dilengkapi dengan perpustakaan yang mengandungi pelbagai koleksi dan bahan rujukan, masjid yang tersergam indah, pusat perubatan 24 jam, kafeteria, pejabat pos, kemudahan komunikasi, makmal komputer, kemudahan perbankan, serta kompleks sukan yang dilengkapi dengan stadium dan kolam renang yang bersaiz olimpik. Kampus UIAM di Kuantan, Pahang Darul Makmur terletak di tapak seluas 600 hektar dan menempatkan Kulliyyah Perubatan, Kulliyyah Farmasi, Kulliyyah Sains, Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu, Kulliyyah Pergigian dan Kulliyyah Kejururawatan. Sementara Pusat Asasi UIAM terletak di Petaling Jaya, Selangor.

KEMUDAHAN PENGINAPAN

Kolej kediaman di dalam kampus dipanggil Mahallah. Mahallah bukan sahaja menyediakan bilik kediaman untuk pelajar, ianya juga dijadikan tempat untuk meningkatkan daya intelektual, fizikal dan spiritual. Penempatan pelajar ke dalam bilik kediaman adalah berdasarkan konsep integrasi dan pengantarabangsaan. Setiap mahallah dilengkapi dengan kemudahan penting seperti kemudahan aktiviti ko-kurikular, padang permainan, kedai serbanika, siber kafe, kemudahan 'wireless' dan kafeteria. Pelajar peringkat ijazah pertama akan diberi keutamaan untuk tinggal di kolej kediaman di dalam kampus.

KOMUNITI UIAM

UIAM membuka ruang yang luas kepada pelajar dari seluruh dunia untuk menimba ilmu di Universiti ini. Terdapat seramai 19,000 pelajar UIAM yang berasal dari lebih 110 buah negara yang mempunyai latar belakang, cara hidup dan budaya yang berbeza. Keadaan ini memberi peluang kepada mereka untuk saling berinteraksi dan berkongsi idea dan pengalaman sesama mereka. Kepelbagaian bangsa dan budaya ini melahirkan suasana pembelajaran yang menarik berasaskan jalinan ukhuwwah dan keimanan. Tenaga pengajar UIAM memiliki kepakaran dan kelayakan dari universiti-universiti yang berprestij di serata dunia dan 30 peratus daripada mereka berasal dari 32 buah negara.

PROGRAM DAN TEMPOH PENGAJIAN

UIAM menawarkan empat(4) peringkat pengajian iaitu Peringkat Asasi, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah seperti berikut:

PERINGKAT TEMPOH PENGAJIAN MOD PENGAJIAN
Asasi 1 hingga 2 tahun Sepenuh Masa
Sarjana Muda 4 tahun
(tempoh pengajian boleh dipendekkan sekiranya pelajar mendaftar di dalam Semester 3; atau mengambil lebih jam kredit di dalam Semester 1 dan 2 (tertakluk kepada pencapaian PNGK).
Sepenuh Masa
Sarjana 2 hingga 4 tahun
(bergantung kepada mod pengajian)
Sepenuh / Separuh Masa
Doktor Falsafah Min 3 tahun
(bergantung kepada mod pengajian)
Sepenuh / Separuh Masa

SISTEM PENGAJIAN

UIAM mengamalkan sistem pengajian yang dinamakan Sistem Jam Kredit. Terdapat tiga (3) semester di dalam satu tahun akademik yang bermula dari bulan September dan berakhir pada bulan Ogos tahun berikutnya. Untuk semester 1 (wajib) dan Semester 2 (wajib), pelajar akan menghadiri kuliah selama 14 minggu sementara bagi Semester 3 (pilihan), kuliah hanya diadakan selama 7 minggu sahaja.

PROGRAM PENGAJIAN

UIAM menawarkan program Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian seperti berikut:

KULLIYYAH UPU-KOD NAMA PROGRAM
1. ) Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan YA02 Sarjana Muda Sains Kemanusiaan & Komunikasi (Kepujian)
YA09 Sarjana Muda Sains Kemanusiaan - Sains Politik (Kepujian)
YA10 Sarjana Muda Sains Kemanusiaan - Sejarah dan Tamadun (Kepujian)
YA14 Sarjana Muda Sains Kemanusiaan - Sosiologi dan Antropologi (Kepujian)
YA16 Sarjana Muda Sains Kemanusiaan & Psikologi (Kepujian)
YB00 Sarjana Muda Sains Kemanusiaan - Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris (Kepujian)
YB05 Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam -Bahasa dan Kesusasteraan Arab (Kepujian)
YI05 Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam - Qur'an dan Sunnah (Kepujian)
YI08 Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam - Fikah dan Usul Fikah (Kepujian)
YI09 Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam - Usuluddin dan Perbandingan Agama (Kepujian)
2. ) Kulliyyah Teknologi Maklumat dan Komunikasi YC00 Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)
YC01 Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian)
3. ) Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan YE00 Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian)
YE02 Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
YE26 Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian)
YE23 Sarjana Muda Sains (Kewangan Islam) (Kepujian)
4. ) Kulliyyah Sains YG07 Sarjana Muda Sains Bioteknologi (Kepujian)
YC22 Sarjana Muda Sains Matematik (Kepujian)
* Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Sains Tumbuhan)
* Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Sains Tumbuhan Gunaan)
YS59 Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Kimia Gunaan)
YS15 Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Fizik)
* Sarjana Muda Teknologi dan Sains Marin (Kepujian)
5. ) Kulliyyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar YH00 Sarjana Muda Seni Bina (Kepujian)
YH02 Sarjana Muda Seni Bina Landskap (Kepujian)
YH03 Sarjana Muda Sains (Pengajian Senibina) (Kepujian)
YH04 Sarjana Muda Perancangan Bandar & Wilayah (Kepujian)
YH06 Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian)
YH15 Sarjana Muda Seni Gunaan dan Seni Reka Bentuk (Kepujian)
6. ) Kulliyyah Kejuruteraan YK12 Sarjana Muda Kejuruteraan (Bahan) (Kepujian)
YK13 Sarjana Muda Kejuruteraan (Pembuatan) (Kepujian)
YK15 Sarjana Muda Kejuruteraan (Aeroangkasa) (Kepujian)
YK20 Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektronik-Komputer dan Maklumat) (Kepujian)
YK24 Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekatronik) (Kepujian)
YK25 Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) (Kepujian)
YK40 Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal-Automatif) (Kepujian)
YK48 Sarjana Muda Kejuruteraan (Biokimia-Bioteknologi) (Kepujian)
* Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) (Kepujian)
7. ) Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim YL00 Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian)
YL03** Sarjana Muda Undang-undang Shari'ah
Nota : Kemasukan ke program Sarjana Muda Undang-Undang Syariah adalah terbuka kepada calon-calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang UIAM
8. ) Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu YM02 Sarjana Muda Sains Bioperubatan (Kepujian)
YM13 Sarjana Muda Radiografi dan Pengimejan Diagnostik (Kepujian)
YM04 Sarjana Muda Optometri (Kepujian)
YM05 Sarjana Muda Dietetik (Kepujian)
YM07 Sarjana Muda Audiologi (Kepujian)
YM14 Sarjana Muda Fisioterapi (Kepujian)
9. ) Kulliyyah Kejururawatan YM12 Sarjana Muda Kejururawatan (Kepujian)
10. ) Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan YB03 Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Antarangsa
YB23 Sarjana Muda Sastera (Kepujian)Bahasa Arab untuk Komunikasi Antarabangsa
YP08 Sarjana Muda Perancangan Pelancongan dan Pengurusan Hospitaliti (Kepujian)
* Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa
11. ) Kulliyyah Pendidikan YT04 Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) (Kepujian)
YT06 Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) (Kepujian)
YT35 Sarjana Muda Pendidikan Islam (Kepujian)
YT49 Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua) (Kepujian)
12. ) Kulliyyah Perubatan * Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan
13. ) Kulliyyah Pergigian * Sarjana Muda Sains Pembedahan Pergigian
14. ) Kulliyyah Farmasi * Sarjana Muda Farmasi

Nota :( * ) hanya ditawarkan kepada pelajar peringkat Asasi UIAM sahaja.

(**)proses permohonan adalah di peringkat Universiti secara dalaman

UIAM SEBAGAI IPTA PILIHAN

UIAM adalah universiti pilihan pelbagai peringkat pelajar memandangkan ia menawarkan banyak keistimewaan dan kelainan berbanding IPTA yang lain, antaranya :

  • Integrasi ilmu dalam semua bidang
  • Penggunaan silibus antarabangsa
  • Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
  • Penggunaan Bahasa Arab sebagai bahasa kedua
  • Tenaga pengajar yang berkaliber (Tempatan & Luar Negeri)Phd/Dr & Professor
  • Percampuran pelajar dari pelbagai bangsa dari lebih 110 negara seluruh dunia
  • Suasana pembelajaran dan kehidupan kampus secara Islam
  • Kemudahan pembelajaran yang lengkap dan terkini
  • Program Halaqah/Fardhu Ain/Tilawah Al-Quran untuk pembangunan sahsiah dan peribadi

ALAMAT SURAT MENYURAT

Bahagian Pengurusan Akademik dan Kemasukan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
P.O Box 10
50728 Kuala Lumpur
Malaysia.

Tel: 03 - 6196 4000/4047/4048/4040

Fax: 603-6196 4724
E-Mail: [email protected]
Laman Web IIUM: www.iium.edu.my