Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Mengilham harapan, mencipta masa depan

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) logo

PENGENALAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan pada 18 Mei 1970 adalah Universiti ketiga ditubuhkan di Malaysia selepas Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia. Pada awal penubuhannya UKM mempunyai Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Sains dan Fakulti Sastera (diubah kepada Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan pada 1974).

UKM lahir dari hasrat dan aspirasi orang-orang Melayu yang telah wujud semenjak tahun 1930-an menyarankan agar sebuah Universiti yang bertaraf kebangsaan dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya ditubuhkan. Hasrat ini tercapai apabila timbulnya keperluan untuk menampung pelajar-pelajar lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi selepas negara mencapai kemerdekaan.

Pada masa ini, UKM menawarkan sebanyak lebih 69 program pengajian peringkat ijazah Sarjanamuda daripada 12 buah Fakulti. Fakulti-fakulti berkenaan adalah:

  • Fakulti Ekonomi dan Pengurusan;
  • Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina;
  • Fakulti Pendidikan;
  • Fakulti Pergigian;
  • Fakulti Perubatan;
  • Fakulti Pengajian Islam;
  • Fakulti Sains dan Teknologi;
  • Fakulti Sains Kesihatan;
  • Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan;
  • Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat;
  • Fakulti Farmasi; dan
  • Fakulti Undang-Undang.

Fakulti Pergigian, Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Kesihatan beroperasi di Kampus Cawangan Kuala Lumpur, Fakulti Perubatan di Cheras manakala fakulti-fakulti yang lain di Kampus Induk Bangi. Fakulti Perubatan mempunyai hospital pengajarnya, Pusat Perubatan Canselor Tuanku Muhris di Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur. UKM juga mempunyai sebanyak lima belas(15) buah Pusat Kecemerlangan yang ditubuhkan khusus untuk menghimpunkan penyelidik dan sarjana atau tenaga akademik yang mempunyai kepakaran masing-masing untuk menjalankan pelbagai aktiviti penyelidikan. Sehingga kini, seramai lebih 13,338 orang pelajar sedang mengikuti program pengajian ijazah Sarjanamuda dan lebih 10,163 orang pelajar program ijazah lanjutan.

PROGRAM-PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH YANG DITAWARKAN

FAKULTI PROGRAM PENGAJIAN TEMPOH PENGAJIAN (Tahun)
EKONOMI DAN PENGURUSAN Pusat Pengajian Ekonomi:
Sarjanamuda Ekonomi dengan Kepujian
Sarjanamuda Keusahawanan dan Inovasi dengan Kepujian
3
Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan:
Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian
3
Pusat Pengajian Perakaunan:
Sarjanamuda Perakaunan dengan Kepujian (ditawarkan pada Tahun 2)
4
KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA Sarjanamuda Kejuruteraan dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:
Kejuruteraan Awam dan Struktur
Kejuruteraan Biokimia
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Kejuruteraan Kimia
Kejuruteraan Komunikasi dan Komputer
Kejuruteraan Mekanikal
4
Sarjanamuda Sains Seni Bina dengan Kepujian 3
PENDIDIKAN Sarjanamuda Pendidikan dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:
Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua
Sukan dan Rekreasi
Pendidikan Khas
4
PENGAJIAN ISLAM Sarjanamuda Pengajian Islam dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:
Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah
Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Pengajian Dakwah dan Kepimpinan
Syariah
Usuluddin dan Falsafah
3
PERGIGIAN Doktor Pergigian 5
PERUBATAN Doktor Perubatan 5
Sarjanamuda Kejururawatan dengan Kepujian 4
SAINS KESIHATAN Sarjanamuda Audiologi dengan Kepujian 4
Sarjanamuda Dietetik dengan Kepujian 4
Sarjanamuda Kesihatan Persekitaran dengan Kepujian 4
Sarjanamuda Optometri dengan Kepujian 4
Sarjanamuda Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi dengan Kepujian 4
Sarjanamuda Sains Bioperubatan dengan Kepujian 4
Sarjanamuda Sains Forensik dengan Kepujian 4
Sarjanamuda Sains Pemakanan dengan Kepujian 4
Sarjanamuda Sains Pertuturan dengan Kepujian 4
SAINS DAN TEKNOLOGI Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi
Sarjanamuda Sains dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:
Bioinformatik
Biokimia
Bioteknologi dengan Pengurusan
Bioteknologi Tumbuhan
Genetik
Mikrobiologi
4
Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam
Sarjanamuda Sains dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:
Biologi
Geologi
Sains Laut
Sains Sekitaran
4
Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan
Sarjanamuda Sains dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:
Kimia
Sains Makanan dan Pemakanan
Sains Pemakanan dengan Pengurusan Perniagaan
Oleokimia
Teknologi Kimia
4
Pusat Pengajian Fizik Gunaan
Sarjanamuda Sains dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:
Fizik
Sains Bahan
Sains Nuklear
4
Pusat Pengajian Sains Matematik
Sarjanamuda Sains dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:
Matematik
Sains Aktuari
Statistik
4
SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran
Sarjanamuda Sains Sosial dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:
Antropologi dan Sosiologi
Geografi
Sains Pembangunan
4
Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
Sarjanamuda Sains Sosial dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:
Komunikasi Media
4
Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Sarjanamuda Sastera dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:
Pengajian Bahasa Melayu
Persuratan Melayu
4
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Sarjanamuda Sains Sosial dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:
Psikologi
Kerja Sosial
4
Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi
Sarjanamuda Sains Sosial dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:
Sains Politik
4
Sarjanamuda Sastera dengan Kepujian dalam bidang berikut:
Sejarah
4
Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik
Sarjanamuda Sains Sosial dengan Kepujian dalam bidang berikut:
Linguistik
4
Sarjanamuda Sastera dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:
Pengajian Bahasa Inggeris
4
TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT Sarjanamuda Teknologi Maklumat dengan Kepujian dalam bidang-bidang berikut:
Teknologi Maklumat
Kejuruteraan Perisian (Pembangunan Sistem Multimedia)
Kejuruteraan Perisian (Pembangunan Sistem Maklumat)
Sains Komputer
4
UNDANG-UNDANG Sarjanamuda Undang-Undang dengan Kepujian 4
FARMASI Sarjanamuda Farmasi dengan Kepujian 4

YURAN KEMASUKAN DAN PENGAJIAN

A - Universiti RM
Kemasukan dan Pendaftaran 1290 sekali sahaja
B - Yuran berulang (Kesihatan, Kebajikan, Insurans, Perpustakaan dan Aktiviti MPP 170 per semester
C - Yuran Penginapan* 335 per semester
D - Yuran Pengajian (FAKULTI)
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 550 per semester
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 700 per semester
Fakulti Pendidikan 550 per semester
Fakulti Pengajian Islam 510 per semester
Fakulti Sains Kesihatan 600 per semester
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat 600 per semester
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 510 per semester
Fakulti Sains dan Teknologi 600 per semester
Fakulti Perubatan;
Doktor Perubatan
Kejururawatan (Ijazah)
 
900
660
 
per semester
Fakulti Pergigian 850 per semester
Fakulti Farmasi 850 per semester
Fakulti Undang-Undang 550 per semester

CATATAN

  1. Yuran-yuran yang perlu dijelaskan semasa pendaftaran ialah: A (berjumlah RM1290.00)
  2. Yuran Berulang (B), Penginapan (C) dan Pengajian (D) perlu dijelaskan dalam tempoh sebulan dari tarikh pendaftaran.
  3. * Yuran Penginapan di atas adalah tertakluk kepada jumlah hari sebenar tinggal di kolej dan jenis penginapan kolej

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang keterangan lanjut mengenai program pengajian boleh dikemukakan kepada:

Timbalan Pengarah
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi, Selangor.
Tel : 03-89118462 / 8463 / 8464/8465
Faks : 03-89118471
E-mail : [email protected], [email protected], [email protected], [email protected]
Laman Web : www.ukm.my