Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Transformative * Entrepreneurial * Excellent

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) logo

PENGENALAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

MENGENAI UMK

Menyahut seruan kerajaan menuju kearah Negara Berpendapatan Tinggi, UMK meneruskan usaha kerajaan Malaysia untuk membantu mempertingkatkan sumber modal insan bagi memacu pembangunan Negara. Bermula dengan kewujudannya pada tahun 2007, tanpa menoleh kebelakang, UMK terus menggorak langkah untuk meneraju pendidikan keusahawanan terunggul di Malaysia bagi melahirkan graduan yang serba boleh.

Berpacukan konsep “Keusahawanan Teras Kami”, usaha menobatkan pendidikan keusahawanan tidak akan mantap tanpa tenaga kerja yang cekap dan berkesan. Bergerak di atas landasan kecemerlangan, universiti dipacu sepenuhnya oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Mortaza Bin Mohamed, Naib Canselor dan disokong oleh pengurusan tinggi dan kanan serta tenaga akademik yang perkasa, kini UMK bersedia untuk menawarkan program yang berkualiti serta memenuhi kehendak pasaran. Bermula dari empat program asal (Teknologi Kreatif, Warisan, Keusahawanan & Perdagangan dan Sains Gunaan - Keusahawanan Teknologi Pertanian), kini UMK menawarkan 27 program terkini dan relevan yang ditawarkan di lima buah fakulti dan akan berkembang selaras dengan perkembangan semasa.

Persediaan kepada pembentukan sumber modal insan yang mantap, turut dibantu dengan sistem sokongan berkeupayaan untuk menampung kehendak pemegang taruh UMK. Staf sokongan yang bersedia sepanjang masa serta ekosistem yang efisyen membolehkan pelajar untuk mengikuti pengajian secara kondusif tanpa sebarang gangguan. Sesuai dengan perkembangan yang drastik, UMK kini bersedia untuk meneroka lebih jauh dimasa akan datang. Usaha gigih terus dipacu tanpa henti demi kesejahteraan dan kemapanan universiti sesuai dengan dengan tagline kami “Transformative, Entrepreneurial, Excellent”.

VISI

Peneraju pembangunan modal insan bercirikan keusahawanan bagi kesejahteraan global.

MISI

UMK menyediakan :

  • Program akademik berkualiti dan releven
  • Penyelidikan dan inovasi dengan nilai komersial tinggi
  • Perkhidmatan yang memenuhi tanggungjawab social yang mampu meningkatkan daya saing dalam keusahawanan

UMK sentiasa mengutamakan keperluan pelanggan dan memenuhi kehendak pasaran dengan menyediakan persekitaran kondusif ; dan Warga UMK berpengetahuan, berkemahiran dan komited mengamalkan budaya kerja profesional, mengurus secara partisipatif serta melaksanakan penambahbaikan berterusan.

MOTO UMK

“ Transformative * Entrepreneurial * Excellent ”

OBJEKTIF

  • Menyediakan kursus pengajian dan latihan dengan memberi penekanan kepada penghayatan ciri-ciri keusahawanan dan pembangunan insaniah merentasi kurikulum.
  • Membangun modal insan berkualiti yang menyumbang dengan efektif kepada pembangunan negara dan dimanfaatkan oleh masyarakat.
  • Membangun keupayaan staf dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat (PSH), kepimpinan dan pengurusan.
  • Membangun kapasiti dan keupayaan perusahaan kecil & sederhana (PKS) bagi meningkatkan daya saing dalam penjanaan kekayaan negara.
  • Menyediakan infrastruktur dan sistem sokongan yang kondusif sebagai asas kepada pembangunan Universiti bertaraf dunia.
  • Melaksanakan aktiviti pembangunan wilayah sejajar dengan rancangan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
  • Mengamalkan sistem tadbir urus dan pengurusan kewangan yang efektif serta berintegriti tinggi.

FAKULTI DAN PROGRAM PENGAJIAN

Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (Kampus Kota)

  • LP35 Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) dengan Kepujian (8 Semester)
  • LP48 Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan) dengan Kepujian (8 Semester)
  • LP38 Sarjana Muda Keusahawanan (Hospitaliti) dengan Kepujian (8 Semester)
  • LP42 Sarjana Muda Keusahawanan (Keusahawanan Kesihatan) dengan Kepujian (8 Semester)
  • LP37 Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik & Perniagaan Pengedaran) dengan Kepujian (8 Semester)
  • LE12 Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) dengan Kepujian (8 Semester)
  • LE23 Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam) dengan Kepujian (8 Semester)

Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (Kampus Bachok)

  • LA32 Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian (8 Semester)
  • LA56 Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian (8 Semester)
  • LH03 Sarjana Muda Sains Senibina dengan Kepujian (7 semester)
  • LH10 Sarjana Muda Senibina Dalaman dengan Kepujian (7 Semester)

Fakulti Perubatan Veterinar

  • LM01 Doktor Perubatan Veterinar (10 Semester)

Fakulti Industri Asas Tani (Kampus Jeli)

  • LG33 Sarjana Muda Sains Gunaan (Agroteknologi) dengan Kepujian (8 Semester)
  • LG43 Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bioindustri) dengan Kepujian (8 Semester)
  • LG32 Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Peternakan) dengan Kepujian (8 Semester)
  • LG49 Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Pembangunan Produk) dengan Kepujian (8 Semester)
  • LG52 Sarjana Muda Sains Gunaan (Jaminan Makanan) dengan Kepujian (8 Semester)

Fakulti Sains Bumi (Kampus Jeli)

  • LG42 Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Sumber Asli) dengan Kepujian (8 Semester)
  • LG48 Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Kelestarian) dengan Kepujian (8 Semester)
  • LG47 Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosains) dengan Kepujian (8 Semester)
  • LG50 Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan) dengan Kepujian (8 Semester)
  • LG51 Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Sumber Hutan) dengan Kepujian (8 Semester)

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

UMK telah berjaya mendapat tajaan untuk 83% pelajar lelaki dan perempuan dalam bentuk pinjaman dan biasiswa dari agensi-agensi berikut :

  1. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN);
  2. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA);
  3. Majlis Amanah Rakyat (MARA);
  4. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP);
  5. Yayasan Tunku Abdul Rahman;
  6. Permodalan Nasional Berhad (PNB);
  7. Kuok Foudation Berhad;
  8. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA);
  9. JPA Sabah;
  10. Pejabat Setiausaha Negeri Selangor;
  11. Yayasan Negeri (Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Selangor)

HUBINGI KAMI

BAHAGIAN PENTADBIRAN AKADEMIK

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Kampus Bachok
Beg Berkunci No. 01,
16300 Bachok,
Kelantan.

Tel : 09-7797005/7010/7027

E-mail : [email protected]

IKUTI KAMI DI

www.facebook.com/UMKelantan

www.twitter.com/UMK_19

UMKTV melalui Youtube