Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Engineering Technology Creativity

Universiti Malaysia Pahang (UMP) logo

PENGENALAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)

MAKLUMAT DAN LATAR BELAKANG

Universiti Malaysia Pahang (UMP) adalah sebuah universiti teknikal yang yang ditubuhkan pada tahun 2002. UMP menawarkan pelbagai program teknikal berteraskan Kejuruteraan dan Teknologi. Dalam bidang penyelidikan pula, universiti memberi tumpuan kepada penyelidikan gunaan dan projek-projek industri dengan industri setempat bagi memperkayakan pengajaran dan pembelajaran di samping mempromosikan aktiviti-aktiviti pengkomersialan produk penyelidikan. UMP komited dalam membangunkan sumber kapital manusia dan teknologi untuk memenuhi keperluan industri serta menyumbang kepada pembangunan negara.

Kampus UMP di Gambang

UMP beroperasi di kampus yang terletak di Gambang, Kuantan. Kampus yang terletak di kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuantan ini mempunyai keluasan 65,000 meter persegi yang boleh menempatkan 4,000 orang pelajar. Kampus UMP terletak di lokasi strategik berhampiran dengan Lebuh Raya Pantai Timur, zon perindustrian kimia, petrokimia, pembuatan, automotif dan juga bioteknologi bagi Negeri Pahang Darul Makmur.

Kampus UMP di Pekan

Kampus tetap UMP kini telah mula beroperasi di Kuala Pahang, Pekan pada 27 Julai 2009. Ia menempatkan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) dan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP). Kampus seluas 642 ini boleh menampung sehingga 10,000 orang pelajar dan 2,000 orang staf.

VISI

Menjadi universiti teknologi bertaraf dunia

MISI

Kami menyediakan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan yang tinggi kualitinya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi yang membudayakan kreativiti dan inovasi.

KONSEP DAN CIRI-CIRI UTAMA

Fokus utama UMP ialah membangunkan sumber manusia dan teknologi yang relevan dengan keperluan industri terutamanya dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan Industri Bioteknologi serta Kejuruteraan Automotif dan Pembuatan.

UMP adalah sebuah universiti yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan SCL (Student Centered Learning) dalam pengajaran. Di bidang penyelidikan pula, universiti ini menumpukan kepada Penyelidikan Gunaan (Applied Research) dan Projek-projek Industri (Industrial Projects) dengan industri setempat bagi memperkayakan pengajaran & pembelajaran. UMP juga mewujudkan pusat-pusat kecemerlangan tersendiri bagi memantapkan kajian di bidang ini.

Program pengajian yang ditawarkan di universiti teknikal berbeza dari IPTA lain di mana ianya:

  • Berdasarkan ilmu yang praktis
  • Berteraskan gunaan dan kemahiran (applied and skilled)
  • Menitikberatkan komponen yang mengintegrasikan teori dan amali (teaching factory)
  • Melibatkan pembelajaran secara aktif (experiential and action learning)
  • Menekankan penyelesaian masalah teknikal di peringkat industri (task oriented and problem solving)
  • Mengamalkan budaya kerja (work culture) cemerlang

FAKULTI

Universiti Malaysia Pahang (UMP) mempunyai sembilan (9) buah Fakulti seperti berikut :

UMP Kampus Pekan

  • Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE)
  • Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM)
  • Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP)

UMP Kampus Gambang

  • Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA)
  • Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA)
  • Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP)
  • Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI)
  • Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTeK)
  • Fakulti Pengurusan Industri (FPI)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;

Timbalan Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik (BPA)
Kompleks Perkhidmatan Utama
Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur

Tel : 09-424 5252 / 5268 / 5263
Fax : 09-424 5262
Maklumat lanjut boleh juga didapati di laman web : www.ump.edu.my