Terokaan Seluas Lautan, Demi Kelestarian Sejagat
Universiti Malaysia Terengganu bermula dari Pusat Perikanan dan Sains Samudera di bawah payung Universiti Putra Malaysia bertempat di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu yang menyediakan kemudahan latihan kepada para pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera dan kemudahan penyelidikan kepada pensyarah. Perpindahan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera, Universiti Putra Malaysia (UPM) dari Serdang ke Kuala Terengganu telah melahirkan kampus cawangan yang dinamakan Universiti Putra Malaysia cawangan Terengganu (UPMT) pada Jun 1996 dan nama fakulti telah diubah kepada Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi. Turut ditubuhkan ialah Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas serta Pusat Pengajian Matrikulasi.
Penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 5 Mei 1999 sebagai kampus bersekutu UPM. Kolej Universiti Terengganu telah diberi kuasa autonomi pada 1 Mei 2001 dan dinamakan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) pada 20 Jun 2001 selaras dengan hasrat kerajaan supaya kolej ini menerajui bidang-bidang sains dan teknologi.
Pada tanggal 1 Februari 2007, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia sekali lagi memahat sejarah dengan nama barunya sebagai Universiti Malaysia Terengganu.
Sejak penubuhannya, Universiti Malaysia Terengganu telah melalui transformasi yang hebat dari sebuah Kolej Universiti yang kurang dikenali kepada sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang berjaya dengan program-program pra dan pasca siswazahnya dan cemerlang melakar nama di persada dunia dalam bidang penyelidikan sains, teknologi dan pengurusan sumber alam. Lokasi Universiti Malaysia Terengganu yang amat strategik bersempadankan Laut China Selatan dan keunikan Pantai Rantau Abang sebagai kawasan pendaratan penyu membolehkan Universiti Malaysia Terengganu menjadi sebuah institusi terunggul dalam beberapa bidang pengkhususan seperti Penyelidikan dan Pemuliharaan Penyu, Penyelidikan dan Pemuliharaan Hutan Paya Bakau, Pengurusan dan Pemuliharaan Biodiversiti, Akuakultur Tropika dan Bioteknologi Marin. Universiti Malaysia Terengganu komited untuk terus melangkah maju dan bergerak seiring dengan wawasan dan keperluan Negara dengan penubuhan Institut Oseanografi, Institut Akuakultur Tropika dan Institut Bioteknologi Marin.
Visi UMT adalah "Universiti Berfokus Marin Terunggul Dalam Negara dan Disegani Diperingkat Global".
Misi UMT adalah "Menjana Ilmu Untuk Kesejahteraan Masyarakat dan Kelestarian Alam".
Universiti Malaysia Terengganu mempunyai lapan (8) buah pusat pengajian seperti berikut:
Setiap pusat pengajian yang ditubuhkan mempunyai peranan masing-masing bagi membantu merealisasikan visi dan misi Universiti Malaysia Terengganu.
Program-program yang ditawarkan oleh pusat pengajian ini adalah seperti berikut :

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai Universiti Malaysia Terengganu, sila hubungi :
Jabatan Pengurusan Akademik
Bangunan Pusat Pengajian Siswazah
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-668 4532/4219
Faks : 09-668 4143
Laman Web : www.umt.edu.my