Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Ilmu Demi Faedah Insan

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) logo

PENGENALAN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) adalah merupakan salah sebuah Universiti Awam (UA) yang terletak di negeri Terengganu Darul Iman. Universiti ini menawarkan pelbagai kursus di peringkat pengajian asasi, diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah tinggi (sarjana dan doktor falsafah).

VISI

UniSZA berhasrat untuk menjadi institusi pengajian tinggi berwajah antarabangsa yang melahirkan dan membentuk pemimpin yang berbakat dan pemikirannya diasuh, diperkaya dengan ilmu, budaya tinggi dan akhlak yang luhur.

MISI

UniSZA akan menonjol dan mengasah bakat bakal pemimpin dalam pelbagai bidang menerusi usaha merekayasa ilmu, menggalakkan ketelusan dan keterbukaan, menanam sikap pertanggungjawaban dan menghargai pelbagaikan untuk manfaat manusia.

FAKULTI

Universiti ini mempunyai sepuluh(10) buah fakulti seperti berikut:

  • Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
  • Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan
  • Fakulti Bahasa dan Komunikasi
  • Fakulti BioSumber dan Industri Makanan
  • Fakulti Perubatan
  • Fakulti Sains Kesihatan
  • Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi
  • Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa
  • Fakulti Informatik dan Komputeran
  • Fakulti Sains Sosial Gunaan

KAMPUS

UniSZA mempunyai empat (4) buah kampus iaitu:

  • Kampus Gong Badak yang memfokuskan kepada pengajaran dan penyelidikan ilmu-ilmu Islam yang diharmonikan dengan ilmu-ilmu konvesional termasuk sains kesihatan bersekutu, pengajian perniagaan, bahasa, undang-undang dan lain-lain.
  • Kampus Perubatan yang menawarkan program dalam bidang perubatan.
  • Kampus Tembila menjurus kepada bidang pertanian, teknologi makanan dan sains komputer.
  • UniSZA International Campus pula menjurus kepada program siswazah dan professional.

SISTEM PENGAJIAN

UniSZA melaksanakan sistem pengajian berpandukan sistem semester. Tahun akademik dibahagikan kepada dua semester lazim iaitu Semester I dan Semester II. Di samping dua semester lazim ini, terdapat satu semester pendek iaitu semester III (Semester Khas) yang diadakan dalam masa cuti akhir tahun akademik.

KEMASUKAN PELAJAR

Kemasukan pelajar bagi program Ijazah Sarjana Muda adalah terbuka kepada lulusan STPM, Matrikulasi, Diploma dan STAM yang berkaitan daripada UA/Politeknik atau setaraf dan pengambilan pelajar UniSZA adalah satu kali setahun iaitu pada Sesi September bagi ijazah setiap tahun.

PROGRAM YANG DITAWARKAN

  1. ISM Sains Sosial (Antropologi Dan Dakwah) dengan Kepujian
  2. ISM Kerja Sosial dengan Kepujian
  3. ISM Bahasa Inggeris Dengan Komunikasi (Kepujian)
  4. ISM Pengajian Bahasa Arab (dengan Kepujian)
  5. ISM Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dengan Kepujian
  6. ISM Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian Komputer) dengan Kepujian
  7. ISM Sains Komputer (Komputeran Internet) dengan Kepujian
  8. ISM Perakaunan dengan Kepujian
  9. ISM Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) dengan Kepujian
  10. ISM Produksi Dan Kesihatan Haiwan dengan Kepujian
  11. ISM Reka Bentuk Perindustrian Dengan Kepujian
  12. ISM Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dengan Kepujian (Reka Bentuk Produk)
  13. ISM Pengajian Islam (Usuluddin) dengan Kepujian
  14. ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan Kepujian
  15. ISM Pengajian Islam (Dakwah) dengan Kepujian
  16. ISM Usuluddin dengan Kaunseling dengan Kepujian
  17. ISM Al-Quran Dan As-Sunnah (Qiraat) Dengan Kepujian
  18. ISM Undang-Undang dengan Kepujian
  19. ISM Hubungan Antarabangsa dengan Kepujian
  20. ISM Perubatan dan Pembedahan
  21. ISM Dietetik (Kepujian)
  22. ISM Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Risiko Dan Takaful) Dengan Kepujian
  23. ISM Bioteknologi Pertanian dengan Kepujian
  24. ISM Teknologi Makanan dengan Kepujian
  25. ISM Teknologi Maklumat (Informatik Media) dengan Kepujian
  26. ISM Pengimejan Perubatan (Kepujian)
  27. ISM Sains Pemakanan (Kepujian)
  28. ISM Sains Bioperubatan dengan Kepujian

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN

Seperti mana lazimnya kemudahan yang disediakan oleh sesebuah Universiti Awam (UA) yang lain, UniSZA juga menyediakan kemudahan-kemudahan seperti Perpustakaan, Bengkel dan Makmal Komputer selaras dengan imej sebuah UA yang berasaskan aplikasi dan amalan, ruang kuliah yang selesa, perkhidmatan pelajar dan koperasi, pengangkutan, penginapan asrama dan kolej kediaman yang kondusif, perkhidmatan kaunseling dan kerjaya, kafetaria dan lain-lain. Kemudahan pelajar seperti mesin ATM dalam kampus.

KETERANGAN BIASISWA DAN PINJAMAN PENGAJIAN

Pelajar dibenarkan memohon biasiswa / dermasiswa / pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan dari badan-badan penganjur yang layak dipohon. Syarat dan peraturan penajaan dan pinjaman adalah tertakluk kepada pihak yang berkenaan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai UniSZA, sila hubungi :

KETUA
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
TERENGGANU DARUL IMAN