Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Pengetahuan Suluh Budiman

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) logo

PENGENALAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

~ KOMITED MEMBAWA PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN ~

SEMBILAN PULUH EMPAT (94) TAHUN MENERAJUI BIDANG PENDIDIKAN NEGARA

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 berkuat kuasa melalui Warta Kerajaan, P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, yang mengandungi dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997.

Sejarah awalnya bermula dengan penubuhan SULTAN IDRIS TRAINING COLLEGE (SITC) yang pada 29 November 1922 merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi seumpamanya di rantau ini. Pada mulanya hanya bertujuan untuk menyediakan latihan ikhtisas keguruan untuk anak-anak tempatan. Namun begitu, kolej ini mulai menerima pelajar-pelajar dari Singapura, British Borneo, Brunei, Filipina dan juga England kerana keupayaannya menjana bakal guru yang berwibawa. Pada tahun 1959, SITC diubah namanya kepada MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS (MPSI) sebagai memenuhi keperluan melatih bakal guru untuk sekolah-sekolah rendah. Pada tahun 1987 ia dinaikkan taraf menjadi INSTITUT PERGURUAN SULTAN IDRIS (IPSI) yang juga merupakan langkah permulaannya untuk menjadi sebuah universiti awam.

LOKASI KAMPUS

Universiti Pendidikan Sultan Idris mempunyai dua (2) kampus iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) di Tanjong Malim dan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) di Proton City. Lokasi UPSI sangat strategik yang mana ia menghubungkan antara dua (2) negeri iaitu Negeri Perak Darul Ridzuan dan juga Negeri Selangor Darul Ehsan.

KEDUDUKAN SEKARANG

Seramai lebih kurang 25,,000 orang pelajar telah mendaftar untuk mengikuti pelbagai program pendidikan peringkat Diploma, Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah. Berikut adalah program-program yang ditawarkan :

  1. Diploma - Lepasan SPM
  2. Ijazah Sarjana Muda
    - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) (Open Market) - tiada jaminan lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) selepas tamat pengajian.
    - Ijazah Sarjana Muda (bukan pendidikan)
  3. Ijazah Sarjana
  4. Ijazah Doktor Falsafah

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut mengenai pengambilan/kemasukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris boleh melalui Laman Web atau mengemukakannya dialamatkan seperti berikut :

Unit Kemasukan
Bahagian Hal Ehwal Akademik,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim,
Perak.
No. Tel : 05-450 6932/6929/6930
No. Faks : 05-4582670
Laman web: http://akademik.upsi.edu.my
* Bagi Pemohon Kategori Diploma/Setaraf yang ingin mengepos dokumen, boleh menggunakan alamat seperti di atas.

FAKULTI DAN PROGRAM PENGAJIAN

Pada sesi 2015/2016, UPSI mempunyai sembilan (9) Fakulti dengan enam puluh lima (65) program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP), Ijazah Sarjana Muda dan Diploma seperti berikut:

Fakulti Program
Bahasa dan Komunikasi
  • ISM Pendidikan (Kesusasteraan Melayu)
  • ISM Pendidikan (Bahasa Melayu)
  • ISM Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL))
  • ISM Bahasa Arab dengan Pendidikan
  • ISM Bahasa Cina dengan Pendidikan
  • ISM Pendidikan (Bahasa Tamil)
  • ISM Komunikasi (Komunikasi Sosial)
  • Diploma Bahasa Inggeris
Muzik dan Seni Persembahan
  • ISM Pendidikan (Muzik)
  • ISM Seni Persembahan (Tari)***
  • ISM Seni Persembahan (Teater) ***
  • Diploma Muzik
  • Diploma Tari
  • Diploma Teater
Pendidikan dan Pembangunan Manusia
  • ISM Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)
  • ISM Pendidikan (Pendidikan Khas)
  • ISM Pendidikan (Sekolah Rendah)**
  • ISM Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
  • ISM Psikologi ***
  • Diploma (Pendidikan Awal Kanak-kanak)
Sains dan Matematik
  • ISM Pendidikan (Matematik)
  • ISM Pendidikan (Kimia)**
  • ISM Sains (Matematik) dengan Pendidikan**
  • ISM Pendidikan (Sains)
  • ISM Pendidikan (Fizik)
  • ISM Pendidikan (Biologi)
  • Diploma Sains
  • Diploma Sains (Matematik)
  • Diploma Teknologi Makmal
Pengurusan dan Ekonomi
  • ISM Pendidikan (Perakaunan)**
  • ISM Pendidikan (Keusahawanan dan Perdagangan)**
  • ISM Pendidikan (Pengurusan Perniagaan)**
  • ISM Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)*
  • ISM Pendidikan (Ekonomi)**
  • ISM Perakaunan ***
  • ISM Ekonomi (Kewangan) ***
  • ISM Ekonomi (Kewangan Islam)***
  • ISM Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia ***
  • ISM Pentadbiran Perniagaan (Perkhidmatan Kewangan) ***
  • Diploma Keusahawanan
Sains Sukan dan Kejurulatihan
  • ISM Pendidikan (Sains Sukan)
  • ISM Pendidikan (Pendidikan Jasmani)
  • ISM Pendidikan (Sains Kejurulatihan)**
  • ISM Pendidikan (Psikologi Sukan)*
  • ISM Sains Sukan (Rehabilitasi Sukan)***
  • ISM Sains Sukan (Psikologi Sukan)***
  • ISM Sains Sukan (Sains Kejurulatihan)***
Sains Kemanusiaan
  • ISM Pendidikan (Sejarah)
  • ISM Pendidikan (Geografi)
  • ISM Pendidikan (Pendidikan Moral)
  • ISM Pengajian Malaysia dengan Pendidikan
  • ISM Pendidikan (Pendidikan Islam)
Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
  • ISM Pendidikan (Seni)
  • ISM Pendidikan (Teknologi Maklumat)**
  • ISM Pendidikan (Multimedia)**
  • ISM Pendidikan (Teknologi Reka Bentuk Berkomputer)**
  • ISM Pendidikan (Seni Komunikasi Visual)**
  • ISM Reka Bentuk (Animasi)***
  • ISM Reka Bentuk (Pengiklanan)***
  • ISM Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan)***
  • Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan
  • Diploma Sains Komputer (Komputeran Internet)
Pendidikan Teknikal dan Vokasional
  • ISM Pendidikan (Kemahiran Hidup)
  • ISM Pendidikan (Ekonomi Rumah Tangga)
  • ISM Pendidikan (Sains Pertanian)

Program yang telah ditebalkan (BOLD) adalah program yang ditawarkan bagi Sesi Akademik 2015/2016.

* Program kerjasama UPSI dengan Kerajaan/Kerajaan Negeri (kemasukan khas).

** Penawaran program ditangguhkan buat sementara waktu.

*** Ijazah Sarjana Muda BUKAN Pendidikan

NOTA PENTING : PENGAMBILAN BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP) INI TIADA JAMINAN UNTUK LANTIKAN SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (GURU) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM).

SISTEM AKADEMIK

UPSI mengamalkan sistem semester. Program Ijazah Sarjana Muda lazimnya mengambil masa selama 8 semester (4 tahun). Walau bagaimanapun, tempoh yang diberikan untuk menamatkan pengajian dibenarkan sehingga tidak melebihi (maksimum) 12 semester (6 tahun), manakala program Diploma mengambil masa selama 6 semester (2 tahun).

PELUANG-PELUANG KERJAYA

Graduan UPSI telah disediakan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang cukup supaya mereka boleh menghadapi dunia kerjaya selepas tamat pengajian kelak. Antara kerjaya yang sesuai (mengikut bidang program yang diikuti) untuk graduan UPSI adalah:

GURU . USAHAWAN . PENYELIDIK . SAINTIS . PERUNDINGCARA . EKSEKUTIF . JURULATIH SUKAN . PEMUZIK . ARTIS KESENIAN . EDITOR . PENTERJEMAH . JURUBAHASA . WARTAWAN . KAUNSELOR . PEGAWAI TADBIR . JURU RUNDING SAHAM . PEGAWAI PERBANKAN . PEREKA FESYEN . JURUTEKNIK . PEREKA ICT . GRAFIK . ANIMASI . PENYIARAN . PUSTAKAWAN . PENSYARAH .PEGAWAI IT. PEMBANTU MAKMAL. PEGAWAI SAINS.AKAUNTAN. PEGAWAI BELIA & SUKAN. TUTOR. PEMBANTU MURID. PROGRAMMER. PEMUZIK.