Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Kompetensi Teras Kegemilangan

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) logo

PENGENALAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

PENGENALAN RINGKAS UNIVERSITI

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merupakan Universiti Awam (UA) yang ke-14 yang ditubuhkan pada 1 Disember 2000 dan merupakan universiti teknikal awam pertama di Malaysia. Universiti ini kini beroperasi di tiga (3) buah kampus iaitu Kampus Induk yang terletak di Durian Tunggal, Kampus Teknologi di Ayer Keroh dan Kampus Bandar yang terletak di Pusat Bandaraya Melaka Bersejarah. UTeM mempunyai tujuh (7) buah Fakulti dan satu (1) Institut yang menawarkan program pengajian di dalam bidang Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat serta Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan sama ada di peringkat Prasiswazah (program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda) dan Pascasiswazah (program Sarjana dan Kedoktoran).

VISI

Menjadi Universiti Teknikal yang kreatif dan inovatif terkemuka di dunia.

MISI

UTeM bertekad untuk menerajui sumbangan kepada kesejahteraan negara dan dunia dengan:

  1. Memartabatkan ilmu melalui pendidikan, penyelidikan dan kesarjanaan teknikal yang inovatif
  2. Membentuk pemimpin bersahsiah murni yang profesional
  3. Menjana pembangunan lestari bersama industri dan komuniti

MOTO

Kompetensi Teras Kegemilangan

MATLAMAT PENDIDIKAN

  1. Mengendalikan program akademik dan profesional berlandaskan kepada keperluan industri;
  2. Melahirkan graduan dengan pengetahuan relevan, kompetensi dalam kemahiran teknikal, kemahiran insaniah dan peka kepada tanggungjawab sosial;
  3. Menyemai dikalangan graduan kaedah saintifik, berfikiran kritikal, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan;
  4. Menggalakkan pembangunan penyelidikan dan aktiviti dengan kerjasama industri demi menjana kemakmuran negara;
  5. Melengkapkan graduan dengan nilai-nilai kepimpinan, komunikasi dan pembelajaran berterusan;
  6. Melahirkan graduan berkemahiran teknousahawan dan pengurusan;
  7. Melahirkan graduan yang menghargai sastera dan budaya serta menyedari kepentingan budaya hidup sihat.

PELAKSANAAN PROGRAM AKADEMIK

UTeM ialah Universiti Berfokus dengan penumpuan kepada bidang Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat serta Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan. Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang merupakan aktiviti teras Universiti bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja profesional yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi sejajar dengan wawasan dan aspirasi negara. Kualiti pendidikan yang ditawarkan sentiasa dikawalselia bagi menepati standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan badan profesional serta setanding dengan institusi pengajian tinggi terkemuka dunia.

Penyediaan dan pengukuhan kurikulum pengajian dilaksanakan secara berterusan dengan penglibatan sektor industri dan stakeholder lain. Kerjasama strategik ini menghasilkan kurikulum yang sentiasa relevan, dinamik dan memenuhi tiga (3) objektif utama iaitu bahagian teori yang menepati perkembangan saintifik dan teknologi, bahagian pengajaran yang berkait rapat dengan keperluan dan permasalahan dalam industri dan kelebaran serta kedalaman pengajian bagi membolehkan graduan mengadaptasi dengan cepat di dalam bidang- bidang baru.

Selain itu, pelaksanaan kaedah P&P berteraskan Outcome Based Education dan menjurus kepada Problem Centered & Action Learning dan Experiential Learning serta diperkukuhkan dengan tenaga pengajar yang berkelayakan akan memastikan UTeM terus berdaya saing dalam melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dalam bidang Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat serta Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan.

Bagi merealisasikan usaha ini, UTeM telah menyediakan P&P yang terbaik dan terkini. Pengajaran yang berkonsepkan Teaching Factory yang dilengkapkan dengan peralatan dan mesin- mesin berteknologi tinggi serta kemudahan ICT yang terkini mewujudkan suatu suasana pembelajaran yang kondusif dan paradigma baru dalam penyampaian ilmu pengetahuan.

Perubahan dan anjakan baru dalam pendidikan tinggi akan menghasilkan modal insan cemerlang dengan mentaliti kelas pertama. Modal insan yang mempunyai kemahiran tinggi dalam pelbagai bidang kemahiran yang dilengkapi pula dengan kemahiran insaniah menjadi pilihan utama para majikan. Oleh yang demikian, bagi meningkatkan kemahiran insaniah para pelajar, kurikulum pengajian diperkukuhkan dengan matapelajaran seperti keusahawanan, pemikiran kreatif dan kemahiran berkomunikasi. Aktiviti kerohanian dan jati diri juga diwajibkan kepada semua pelajar sebagai nilai tambah kepada kecemerlangan akademik. Ini akan memudahkan graduan UTeM mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

PROGRAM MOBILITI PELAJAR

Semasa pengajian, pelajar-pelajar program Ijazah Sarjana Muda berpeluang untuk menjalani satu (1) semester penuh pengajaran di beberapa universiti/IPT dalam atau luar negara yang terpilih di bawah Program Mobiliti Pelajar dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh UTeM. Melalui program mobiliti berkredit, tempoh pengajian dan kredit mata pelajaran yang telah lulus boleh dikira sebagai memenuhi syarat dan keperluan kursus pengajian di UTeM disamping pelajar dapat memperkayakan pengalaman pembelajaran.

Di antara Universiti/IPT yang telah mengadakan kerjasama mobiliti pelajar dengan UTeM adalah:-

  • TELECOM BRETAGNE, FRANCE
  • UNIVERSITAS DIAN NUSWONTORO (UDINUS), INDONESIA
  • HANNOVER UNIVERSITY OF APPLIED SCIENCE, GERMANY
  • UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM), MALAYSIA
  • UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP), MALAYSIA
  • KUMOH NATIONAL INSTITUTE OF TECHNOLOGY (KIT), KOREA SELATAN
  • INFORMATICS AND BUSINESS INSTITUTE (IBI), INDONESIA
  • INSTITUT TEKNOLOGI BANDUNG (ITB), INDONESIA
  • UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM), MALAYSIA
  • INSTITUT TEKNOLOGI SEPULUH NOPEMBER (ITS), INDONESIA
  • UNIVERSITAS SEBELAS MARET (UNS), INDONESIA
  • UNIVERSITAS INTERNASIONAL BATAM (UIB), INDONESIA
  • MARMARA UNIVERSITY, ISTANBUL TURKEY
  • GEBZE TECHNICAL UNIVERSITY, ISTANBUL, TURKEY
  • YILDIZ TECHNICAL UNIVERSITY, ISTANBUL, TURKEY
  • ISTANBUL AYDIN UNIVERSITY, ISTANBUL, TURKEY

Selain daripada itu, UTeM juga telah menghantar dan menerima pelajar mengikuti Program Mobiliti Pelajar Tanpa Kredit ke/dari beberapa buah universiti seperti:

  • INSTITUT TEKNOLOGI SEPULUH NOPEMBER (ITS), INDONESIA
  • KUMOH NATIONAL INSTITUTE OF TECHNOLOGY (KIT), KOREA SELATAN
  • TELECOM BRETAGNE, FRANCE
  • UNIVERSITAS ATMAJAYA YOGYAKARTA, INDONESIA
  • TUKOSHIMA UNIVERSITY, JEPUN
  • ISTANBUL AYDIN UNIVERSITY, ISTANBUL, TURKEY
  • UNIVERSITI FENG CHIA, TAIWAN
  • UNIVERSITAS GADJAH MADA, INDONESIA
  • KOOKMIN UNIVERSITY, KOREA SELATAN
  • UNIVERSITAS DIAN NUSWONTORO (UDINUS), INDONESIA
  • AL-ZAEIM AL AZHARI UNIVERSITY (AAU)

SISTEM PENARAFAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (SETARA)

Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) mengukur kualiti pengajaran dan pembelajaran pada tahap enam Kerangka Kelayakan Malaysia (peringkat Ijazah Pertama) bagi Universiti dan Kolej Universiti di Malaysia.

SETARA mengklasifikasi penarafan kepada enam tahap (Tier) dengan Tier 6 sebagai tahap tertinggi (Terbilang/Outstanding) dan Tier 1 sebagai yang paling rendah (Lemah/Weak). UTeM merupakan salah sebuah Universiti Awam (UA) yang telah mencapai Tier 5 (Cemerlang/Excellent)

FAKULTI/INSTITUT

1. Fakulti yang beroperasi di Kampus Induk, Durian Tunggal ialah:

  • Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE).
  • Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK).
  • Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP); dan
  • Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK); dan

2. Fakulti yang beroperasi di Kampus Teknologi, Ayer Keroh ialah :

  • Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM); dan
  • Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK).

3. Fakulti/Institut yang beroperasi di Kampus Bandar ialah :

  • Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT); dan
  • Institut Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan (IPTK).

TAHUN AKADEMIK (SISTEM SEMESTER)

Sistem Akademik Universiti dibahagikan kepada dua semester lazim iaitu Semester I dan Semester II. Setiap semester ini mengandungi 14 minggu perkuliahan. Disamping dua semester lazim, Universiti juga mempunyai Semester Khas (Semester Pendek) yang diadakan dalam musim cuti akhir tahun akademik. Semester Khas ini tidak termasuk dalam pengiraan tempoh pengajian yang ditetapkan bagi sesuatu kursus.

Bagi program Diploma, UTeM juga mempunyai Semester Khas Permulaan yang diadakan sebelum bermulanya Semester I dan wajib dijalani oleh semua pelajar baharu Diploma. Tahun Akademik yang dilaksanakan secara amnya adalah seperti berikut:

Semester Khas Permulaan (Untuk Pelajar program Diploma sahaja)

Perkuliahan & Peperiksaan 8 minggu
Cuti Semester Khas Permulaan 5 minggu

Semester Lazim ( I & II)

Perkuliahan 7 minggu
Cuti Pertengahan Semester 1 minggu
Perkuliahan 7 minggu
Minggu Ulangkaji 1 minggu
Peperiksaan 2 minggu
Cuti Antara Semester 3 minggu
Cuti Akhir Tahun Akademik 13 minggu

Semester Khas (Semester Pendek)

Cuti Antara Semester 1 minggu
Perkuliahan & Peperiksaan 8 minggu
Cuti Akhir Semester 4 minggu

KEMASUKAN PELAJAR

  • Kemasukan bagi program Diploma adalah terbuka kepada lulusan SPM/ Aliran Sains/ Teknik/ Sastera mengikut bidang pengajian atau kelulusan setaraf. UTeM hanya membuat pengambilan pelajar sekali setahun iaitu sesi Jun setiap tahun.
  • Kemasukan bagi program Ijazah Sarjana Muda dibuka kepada lulusan STPM, Matrikulasi/ Asasi dan Diploma (termasuk lepasan Diploma Kemahiran Malaysia [DKM] untuk program Teknologi Kejuruteraan sahaja) yang berkaitan daripada UA/Politeknik atau setaraf. UTeM hanya membuat pengambilan pelajar sekali setahun iaitu sesi September setiap tahun.

TEMPOH PENGAJIAN BAGI PROGRAM DIPLOMA

Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Diploma ialah minimum 6 semester (3 tahun) dan tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan ialah 10 semester (5 tahun).

TEMPOH PENGAJIAN BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan
    Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ialah minimum 8 semester (4 tahun) dan tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan ialah 12 semester (6 tahun).
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat
    Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer ialah minimum 7 semester (3 1/2 tahun) dan tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan ialah 11 semester (5 1/2 tahun).
  • Ijazah Sarjana Muda Teknousahawanan dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi
    Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Ijazah Sarjana Muda Teknousahawanan serta Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi ialah minimum 8 semester (4 tahun) dan tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan ialah 12 semester (6 tahun).
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan
    Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan ialah minimum 8 semester (4 tahun) dan tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan ialah 12 semester (6 tahun).

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN

Sepertimana lazimnya kemudahan yang disediakan oleh sesebuah Universiti Awam (UA) yang lain, UTeM juga menyediakan kemudahan-kemudahan seperti Perpustakaan, Bengkel dan Makmal yang canggih dan terkini selaras dengan imej sebuah UA Teknikal, ruang kuliah yang selesa, perkhidmatan pelajar dan koperasi, pengangkutan, Kolej Kediaman di dalam Kampus yang kondusif, Pusat Kesihatan, perkhidmatan kaunseling dan kerjaya, Kafeteria dan lain-lain.

YURAN PENGAJIAN

(i) JADUAL YURAN UNTUK PELAJAR BAHARU (WARGANEGARA) BAGI PROGRAM DIPLOMA

JENIS BAYARAN PROGRAM DIPLOMA
SEMESTER KHAS PERMULAAN (RM) SEMESTER 1 (RM) SEMESTER 2 - 5 (RM)
A. YURAN SEKALI SEPANJANG PENGAJIAN
a. Yuran Minggu Haluan Siswa * - 226 -
b. Yuran Pendaftaran 20 - -
c. Yuran Alumni 100 - -
d. Yuran Ko-Kurikulum 200 - -
e. Bayaran Kad Pintar 50 - -
Jumlah 370 226 -
B. YURAN BERULANG (SETIAP SEMESTER)
a. Yuran Aktiviti & Khairat Pelajar 30 30 30
b. Yuran Perkhidmatan 140 140 140
c. Yuran Pelajaran (Bidang Teknologi & Teknikal) 150 300 300
d. Yuran Penginapan 224 504 504
Jumlah 544 974 974
JUMLAH KESELURUHAN (A+ B) 914 1200 974

*Nota :
Minggu Haluan Siswa bagi semua pelajar baharu Diploma akan diadakan serentak bersama-sama pelajar Ijazah Sarjana Muda sebelum bermula Semester 1 dan kehadiran adalah diwajibkan. Oleh itu, pembayaran Yuran Minggu Haluan Siswa akan dijelaskan pada Semester 1 sebanyak RM226.00

(ii) JADUAL YURAN UNTUK PELAJAR BAHARU (WARGANEGARA) BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

JENIS BAYARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA* (RM)
A. YURAN SEKALI SEPANJANG PENGAJIAN
a. Yuran Minggu Haluan Siswa * 226
b. Yuran Pendaftaran 20
c. Yuran Alumni 100
d. Yuran Ko-Kurikulum 200
e. Bayaran Kad Pintar 50
Jumlah 596
B. YURAN BERULANG (SETIAP SEMESTER)
a. Yuran Aktiviti & Khairat Pelajar 30
b. Yuran Perkhidmatan 140
c. Yuran Pelajaran (Bidang Teknologi & Teknikal) 850
d. Yuran Penginapan 504
Jumlah 1524
JUMLAH KESELURUHAN (A+ B) 2120

*Nota :
a) Semua pelajar Ijazah Sarjana Muda yang mendapat Band 2 di dalam peperiksaan MUET semasa mendaftar di UTeM hendaklah mendaftar dan menduduki semula peperiksaan MUET serta mendapat sekurang-kurangnya Band 3 dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh pendaftaran pelajar baharu.

b) Untuk membantu pelajar, Universiti amat menggalakkan pelajar mengambil dan mendaftar mata pelajaran Foundation English Programme (BLHL 1010) dengan bayaran sebanyak RM100.00 sebagai kursus persediaan mengambil semula peperiksaan MUET.

c) Semua pelajar disyaratkan mesti mendapat sekurang-kurangnya Band 4 di dalam peperiksaan MUET sebelum dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda oleh UTeM.

PELUANG KERJAYA YANG BOLEH DICEBURI SELEPAS MENAMATKAN PENGAJIAN DI PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK DAN KEJURUTERAAN KOMPUTER (FKEKK)

  • Jurutera:
    • Industri Telekomunikasi
    • Industri Elektronik
    • Industri Pertahanan
    • Industri Sekunder dan Servis
    • Industri Pembuatan Semiconduktor
    • Industri Aeroangkasa
    • Industri Automotif
    • Industri Pembinaan
    • Industri Pertanian dan Bioperubatan
    • Jurutera Produk & kawalan kualiti
    • Institusi Pengajian Teknikal
    • Sektor Pembangunan Perisian
    • Petrokimia, Gas dan Bahan Galian
    • Penyelidikan (R&D) dan Pengurusan Kejuruteraan
    • Pentadbir/Pengurus Rangkaian atau Jurutera Rangkaian
    • Pembangunan Sistem ICT
    • Pusat Penyelidikan dan Pembangunan
    • Kilang Pembuatan/Kilang Elektronik/Elektronik Konsumer dan Produk yang berkaitan dengan komputer
  • Usahawan
  • Jabatan Kerajaan
  • Pendidik/Tenaga Pengajar
  • Jurutera Rekabentuk dan Penyelidikan,
  • Perundingan Kejuruteraan Elektronik & Komputer

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (FKE)

  • Jurutera:
    • Firma Sistem Bekalan Elektrik
    • Elektrik (Penjanaan, Penghantaran, Pengagihan, Kawalan Pengurusan dan Penyelenggaraan)
    • Industri Pembuatan Komponen Elektrik
    • Firma Pemasangan
    • Penyelenggaraan dan Pendawaian Elektrik di Premis-Premis Industri Komersil
    • Industri Pembuatan Mesin-Mesin Elektrik dan Kawalan Pemacuan Motor Elektrik
    • Industri berasaskan Elektrik dan Elektronik
    • Industri pembuatan Semiconductor
    • Pembuatan barangan elektrik
    • Pembuatan tinggi dan komponen Voltan Rendah
    • Sektor Tenaga Boleh Diperbaharui
    • Minyak dan Gas Industries
    • Syarikat Perundingan
    • Industri teknologi tinggi seperti industri aeroangkasa
    • Industri pembuatan Sistem Automasi
    • Firma Kejuruteraan Bioperubatan
    • Sektor Pembangunan Perisian
    • Penyelidikan dan pembangunan Sektor
  • Usahawan
  • Pendidik/Tenaga Pengajar
  • Proses Pembuatan dan Jurutera,
  • Jurutera Rekabentuk dan Penyelidikan,
  • Perundingan Jurutera, Ujian
  • Jurutera Kualiti dan Sistem

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (FKM)

  • Jurutera:
    • Rekabentuk dan pengeluaran Automotif dan Komponen
    • Industri pertahanan, penghasilan kuasa dan perlindungan alam sekitar
    • Marin dan Pengangkutan Laut
    • Industri Automasi, Kawalan dan Robotik
    • Industri Mesin Berat yang menggunakan sistem hidraulik dan pneumatik, dan Mesin Pengawalan Elektronik dan Digital
    • Industri Pertanian dan Pemakanan
    • Industri Bioteknologi dan Bioperubatan
    • Aeroangkasa
    • Penjanaan Tenaga & Alam Sekitar
    • Firma Perundingan Mekanikal dan Pembinaan
    • Penyenggaraan Mesin, Kilang dan Bangunan
    • Perladangan & Pengeluaran Produk Pemakanan
    • Petrokimia, Gas dan Bahan Galian
    • Penyelidikan (R&D) dan Pengurusan Kejuruteraan
    • Projek Pembinaan, Pembangunan dan Pengurusan
    • Perkhidmatan dan Jualan
    • Perkilangan dan Industri
    • Produk dan Teknikal
    • Rekabentuk dan Penyelidikan
    • Perundingandan Ujian
    • Kualiti dan Sistem
  • Usahawan
  • Pendidik/Tenaga Pengajar

FAKULTI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (FKP)

  • Jurutera:
    • Sektor Perkilangan
    • Sektor Perniagaan/Pemasaran
    • Pengurusan Projek
    • Reka Bentuk Barangan
    • Menguji Ketepatan dan Kualiti Produk
    • Mengubahsuai Produk
    • Penyeliaan Kilang/Premis
  • Usahawan
  • Pendidik/Tenaga Pengajar

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (FTMK)

  • Jurutera Perisian
  • Juruanalisa Sistem
  • Juruanalisa/Pengaturacara Komputer
  • Pengurus Pangkalan Data
  • Pentadbir/Pengurus Sistem
  • Pentadbir/Pengurus Rangkaian atau Jurutera Rangkaian
  • Pembangunan Sistem Multimedia
  • Pereka Bentuk Web
  • Pengaturcara Internet
  • Pembangunan Infotainment/Edutainment
  • Pembangunan E-Perniagaan
  • Usahawan ICT/e-Perniagaan
  • Pendidik/Tenaga Pengajar
  • Pentadbir Pangkalan Data
  • Perekabentuk Pangkalan Data
  • Pembangun Pangkalan Data
  • Pembangun Aplikasi Mudah Alih
  • Pengaturcara Web Pembangunan Permainan
  • Pegawai Sistem Maklumat
  • Perunding Pembangun Perisian
  • Ahli dalam Jaminan Kualiti Perisian
  • Penguji Perisian

FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN TEKNOUSAHAWANAN (FPTT)

  • Pegawai Penyelidik
  • Pegawai Pemindahan Teknologi
  • Eksekutif Pembangunan Produk
  • Pengawal Pengeluaran
  • Pegawai Logistik
  • Pegawai Perolehan
  • Pegawai Pengurusan Projek
  • Pegawai Khidmat Pelanggan
  • Pegawai Jamin Mutu atau Piawai Kualiti
  • Pegawai di Perkhidmatan Awam
  • Usahawan
  • Eksekutif Pengurusan Sistem Maklumat
  • Perunding Pengurusan Teknologi
  • Badan Penasihat
  • Pendidik / Tenaga Pengajar
  • Penganalisa Perniagaan
  • Penganalisa Sistem
  • Pengurusan Sistem Maklumat
  • Pemasaran Teknologi
  • Pentadbir Perkhidmatan
  • Pengurus Sistem Operasi Teknikal
  • Pengurus Penyelidikan & Pembangunan
  • Pembangunan Perniagaan dan Jualan
  • Penyelidik Pemasaran
  • Agensi Komunikasi dan Acara
  • Pengurus Pemasaran dan Produk
  • Pemasaran Perdagangan
  • Pengurus Akaun
  • Pengurus Pembelian
  • Pengurus di Organisasi Berasaskan Teknologi
  • Pengurus di Institusi Kewangan
  • Jururunding

FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (FTK)

Teknologis Kejuruteraan :

  • Jurutera Bidang Operasi
  • Pelatih Pengurusan
  • Jurutera Kualiti (Sistem Tenaga)
  • Jurutera Perisian
  • Pengurus Aplikasi Tenaga
  • Jurutera Aplikasi
  • Pegawai Teknikal Kanan (Bersekutu)
  • Pengurus Loji Kuasa
  • Wakil Jualan
  • Jurutera Operasi Tenaga
  • Pengurus Projek
  • Bidang Telekomunikasi dan Pemproses Isyarat
  • Bidang Peranti Teknologi dan Perubatan
  • Bidang Aeroangkasa dan Avionik
  • Bidang Pengangkutan
  • Bidang Komputer
  • Bidang Kuasa Industri dan Pengagihan
  • Bidang Optoelektronik
  • Bidang Penyelidikan dan Pembangunan
  • Bidang Industri Automotif
  • Firma perkhidmatan dan penyelenggaraan HVAC
  • Industri Pembuatan
  • Firma Perundingan
  • Firma Kawalan dan Jaminan Kualiti serta Pengujian
  • Firma Perundingan
  • Bidang Kawalan Proses
  • Bidang Sistem Aeronautik
  • Bidang Pengujian Peralatan
  • Industri Pembuatan Peralatan Mesin
  • Industri Semikonduktor
  • Firma Perunding Rangkaian
  • Bidang Elektrikal dan Instrumentasi

BIASISWA DAN PINJAMAN PENGAJIAN DI UTeM

Pelajar dibenarkan memohon biasiswa/dermasiswa/pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan dari badan-badan penganjur yang layak dipohon. Syarat dan peraturan penajaan dan pinjaman adalah tertakluk kepada pihak yang berkenaan. Terdapat penaja yang boleh membiayai pengajian pelajar di UTeM, antaranya ialah seperti berikut:

Agensi Kerajaan

  • Angkatan Tentera Malaysia
  • Kementerian Pengajian Tinggi
  • Kementerian Belia dan Sukan
  • Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
  • Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Pinjaman Boleh Ubah Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
  • Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
  • Permodalan Nasional Berhad
  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
  • Skim Pinjaman Akademik Anak Tentera
  • Skim Pinjaman Pelajaran Tinggi Felda

Agensi Kerajaan Negeri

  • Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
  • Kesatuan Guru-Guru Melayu Kelantan
  • Majlis Agama Islam Negeri Johor
  • Majlis Agama Islam Perak
  • Majlis Agama Islam Selangor
  • Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
  • Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak
  • Lembaga Biasiswa Negeri Kedah
  • Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
  • Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
  • Pinjaman Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
  • Tabung Amanah Pendididkan Negeri Melaka
  • Yayasan Pahang
  • Yayasan Perak
  • Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman
  • Yayasan Negeri Sembilan
  • Yayasan Selangor
  • Yayasan Terengganu
  • Yayasan Kelantan Darulnaim
  • Yayasan Wilayah Persekutuan
  • Yayasan Pelajaran Johor
  • Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman

Syarikat Korporat / Swasta

  • Bank Rakyat
  • Yayasan Bursa
  • Ken Foundation
  • Koperasi Kebangsaan Permodalan Tanah Berhad
  • Kouk Foundation Berhad
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  • Malaysian Community & Education Foundation
  • Methodist Education Foundation
  • Nestle Manufacturing (Malaysia) Sdn. Bhd.
  • Shell Malaysia
  • Yayasan Sime Darby
  • The Star Publication Malaysia Berhad
  • Yayasan Telekom Malaysia
  • Yayasan Tenaga Nasional Berhad
  • Yayasan Proton
  • Yayasan KLK
  • Yayasan Lee
  • Yayasan Tun Tan Cheng Lock
  • Yayasan FELCRA
  • Yayasan FELDA

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai urusan kemasukan, sila hubungi;

Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar
Bahagian Pengurusan Akademik
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya
76100 Durian Tunggal
MELAKA

Telefon : 06 331 6086 / 6078 / 6077 / 6073 / 6815 / 6076
Faks : 06 331 6079
E-Mel : [email protected]
Laman Web : http://www.utem.edu.my