Universiti Utara Malaysia (UUM)

Ilmu, Budi, Bakti

Universiti Utara Malaysia (UUM) logo

PENGENALAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

LATAR BELAKANG DAN SEJARAH

Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam negara yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984. UUM juga satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya mengkhusus kepada bidang pengurusan sejak awal penubuhannya.

LOKASI KAMPUS

Kampus UUM terletak di Sintok Kedah iaitu di utara Negeri Kedah Darul Aman berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thai di Lebuh Raya Utara-Selatan.

OBJEKTIF

Objektif UUM adalah seperti berikut:

  • Sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan
  • Sebagai pusat rujukan dalam semua aspek pengurusan
  • Sebagai pusat sumber yang terulung dalam bidang pengurusan

VISI

Menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka

MISI

Merealisasikan Universiti Utara Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan perundingan yang terkemuka dalam bidang pengurusan secara berterusan demi menghasilkan modal insan yang mampu dan beriltizam membangunkan negara dan kemanusiaan.

KOLEJ PENGAJIAN

UUM memperkenalkan sistem Kolej mulai 1 Januari 2008. Pada masa kini UUM mempunyai sebanyak tiga (3) buah Kolej Pengajian seperti berikut:

  • UUM College of Arts and Sciences
  • UUM College of Business
  • UUM College of Law, Government and International Studies

BILANGAN PELAJAR DAN TENAGA PENGAJAR

Pada masa kini , UUM mempunyai seramai 30,670 orang pelajar pada peringkat pengajian Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan. Jumlah tersebut merangkumi 22,932 pelajar penuh masa peringkat Ijazah Pertama, 896 pelajar Program Kerjasama, 2,245 pelajar secara Pengajian Luar Kampus dan 4,597 pelajar Ijazah Lanjutan. Jumlah tersebut juga termasuk pelajar antarabangsa seramai 2,279 orang dari 42 buah negara. UUM mempunyai seramai 1,225 orang staf akademik dan 1,457 orang staf pentadbiran dan sokongan yang sedang berkhidmat di Universiti ini.

DEWAN PENGINAPAN PELAJAR

UUM menyediakan sebanyak 15 buah Dewan Penginapan Pelajar (DPP) yang boleh menampung kemudahan penginapan yang selesa kepada pelajar. Setiap DPP dinamakan mengikut nama firma-firma korporat iaitu:

  • DPP MAS
  • DPP TENAGA NASIONAL
  • DPP PROTON
  • DPP TRADEWINDS
  • DPP PETRONAS
  • DPP EON
  • DPP SIME DARBY
  • DPP MISC
  • DPP TM
  • DPP BSN
  • DPP YAYASAN ALBUKHARY
  • DPP BANK MUAMALAT
  • DPP MAYBANK
  • DPP SME BANK
  • DPP BANK RAKYAT

PROGRAM YANG DITAWARKAN MENGIKUT PUSAT PENGAJIAN

KOLEJ AKADEMIK PUSAT PENGAJIAN / SCHOOL OF KOD PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN
UUM CAS PENGKOMPUTERAN (COMPUTING) UC01 TEKNOLOGI MAKLUMAT
SAINS KUANTITATIF (QUANTITATIVE SCIENCES) UG22 SAINS PEMUTUSAN
UG33 MATEMATIK PERNIAGAAN
UG06 STATISTIK INDUSTRI
TEKNOLOGI MULTIMEDIA & KOMUNIKASI (MULTIMEDIA TECHNOLOGIES & COMMUNICATION) UA02 KOMUNIKASI
UA06 TEKNOLOGI MEDIA
UA67 INDUSTRI KREATIF
UC12 MULTIMEDIA
PENDIDIKAN & BAHASA MODEN (EDUCATION AND MODERN LANGUAGES) UT04 ISMP (BIMBINGAN & KAUNSELING)#
UT41 ISMP (PENDIDIKAN MORAL)#
UT21 ISMP (PENGURUSAN PERNIAGAAN)#
UT08 ISMP (PERAKAUNAN)#
UT20 ISMP (TEKNOLOGI MAKLUMAT)#
PEMBANGUNAN SOSIAL (SOCIAL DEVELOPMENT) UP04 KAUNSELING#
UP12 PENGURUSAN KERJA SOSIAL#
UUM COB PENGURUSAN PERNIAGAAN (BUSINESS MANAGEMENT) UP03 PENGURUSAN PERNIAGAAN
UP35 KEUSAHAWANAN
UP09 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
UP22 PEMASARAN
PERNIAGAAN ISLAM (ISLAMIC BUSINESS) UP21 PENTADBIRAN MUAMALAT
UE23 KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM
PERAKAUNAN (ACCOUNTANCY) UE02 PERAKAUNAN
UE17 PERAKAUNAN (SISTEM MAKLUMAT)
EKONOMI, KEWANGAN & PERBANKAN (ECONOMICS, FINANCE AND BANKING) UE07 KEWANGAN
UP15 PERBANKAN
UP36 PENGURUSAN RISIKO & INSURANS
UE00 SAINS EKONOMI
UP05 SAINS PENGURUSAN PERNIAGAANTANI
PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN LOGISTIK (TECHNOLOGY AND LOGISTICS MANAGEMENT) UP16 PENGURUSAN TEKNOLOGI
UP39 PENGURUSAN OPERASI
UP37 PENGURUSAN PERNIAGAAN (LOGISTIK & PENGANGKUTAN)
UUM COLGIS KERAJAAN (GOVERNMENT) UP01 PENGURUSAN AWAM
UP17 PENGURUSAN PEMBANGUNAN
UNDANG-UNDANG(LAW) UL00 UNDANG-UNDANG
UL05 FALSAFAH, UNDANG-UNDANG DAN PERNIAGAAN#
ANTARABANGSA (INTERNATIONAL STUDIES) UP11 PENGURUSAN HAL EHWAL ANTARABANGSA
UP10 PENGURUSAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA
PENGURUSAN PELANCONGAN, HOSPITALITI & ALAM SEKITAR (TOURISM, HOSPITALITY & ENVIRONMENTAL MANAGEMENT) UP08 PENGURUSAN PELANCONGAN
UP38 PENGURUSAN HOSPITALITI
UP54 PENGURUSAN ACARA

Catatan : # Program bertemuduga

SISTEM PENGAJIAN

UUM mengamalkan sistem semester. Dalam satu sesi pengajian terdapat dua (2) semester, iaitu Semester Pertama dan Semester Kedua. Dalam satu-satu semester, pelajar akan menghadiri kuliah dan tutorial selama 14 minggu. Ini diikuti dengan tiga (3) minggu peperiksaan dan juga cuti semester. Program Ijazah Sarjana Muda lazimnya mengambil masa selama 8 semester (4 tahun). Walau bagaimanapun, tempoh yang diberikan untuk menamatkan pengajian dibenarkan sehingga tidak melebihi (maksimum) 12 semester (6 tahun).

PENUTUP

Dalam merealisasikan wawasan untuk menjadikan UUM sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka, selaras dengan Moto Universiti "ILMU BUDI BAKTI" , maka kami dengan penuh tekad dan beriltizam berjanji menyempurnakan hak-hak pelanggan kami khususnya pelajar dalam menyediakan pendidikan, kemudahan pendidikan dan sistem pengurusan terbaik berlandaskan piawaian-piawaian yang ditetapkan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang keterangan lanjut mengenai program pengajian boleh dikemukakan kepada:

Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Akademik
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok UUM, Kedah Darul Aman
Tel: 04-928 3309/ 04-928 3334/ 04-928 3324/ 04-928 3323

Faks : 04-928 3305
Emel : heanet@uum.edu.my
Laman Web UUM : http://www.uum.edu.my
Laman Web Jabatan : http://hea.uum.edu.my