Universiti Awam (UA) Malaysia

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

UNIVERSITI AWAM (UA) MALAYSIA / INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) logo

PENGENALAN UNIVERSITI AWAM (UA) MALAYSIA

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) MALAYSIA

Sistem pengajian tinggi dibentuk untuk memastikan bahawa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berupaya dalam usaha membina reputasi dengan keupayaan yang dinamik, berdaya saing selain mampu meramalkan cabaran masa hadapan dan bersedia untuk bertindak secara berkesan seiring dengan perkembangan global. Usaha meningkatkan keupayaan IPTA akan terus dilakukan untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya dengan lebih cekap, telus dan berkesan ke arah mewujudkan sistem pengajian tinggi yang cemerlang.

Selaras dengan matlamat tersebut, IPTA di Malaysia dikategorikan kepada tiga (3) kumpulan, iaitu universiti penyelidikan, universiti berfokus (teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan) dan universiti komprehensif. Sehingga kini, terdapat 20 buah IPTA di negara ini yang terdiri daripada lima (5) universiti penyelidikan, empat (4) universiti komprehensif dan 11 universiti berfokus.

Universiti penyelidikan memberikan tumpuan kepada bidang penyelidikan, sementara universiti berfokus memberikan tumpuan kepada bidang khusus berkaitan dengan penubuhannya, manakala universiti komprehensif pula menawarkan pelbagai kursus dan bidang pengajian.

IPTA DI MALAYSIA

Universiti Ciri-Ciri
Universiti Penyelidikan
  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Sains Malaysia (USM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Bidang pengajian berfokuskan penyelidikan
  • Kemasukan yang kompetitif
  • Pensyarah berkualiti
  • Nisbah siswazah dengan pascasiswazah 50:50
Universiti Komprehensif
  1. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  3. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  4. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Pelbagai bidang pengajian
  • Kemasukan yang kompetitif
  • Pensyarah berkualiti
  • Nisbah siswazah dengan pascasiswazah 70:30
Universiti Berfokus
  1. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  2. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  3. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  4. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  5. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  6. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  7. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  8. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  9. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  10. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  11. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Bidang pengajian berfokuskan penyelidikan
  • Kemasukan yang kompetitif
  • Pensyarah berkualiti
  • Nisbah siswazah dengan pascasiswazah 50:50

Senarai UA / IPTA Mengikut Abjad

  1. UIAM - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  2. UiTM - Universiti Teknologi MARA
  3. UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. UM - Universiti Malaya
  5. UMK - Universiti Malaysia Kelantan
  6. UMP - Universiti Malaysia Pahang
  7. UMS - Universiti Malaysia Sabah
  8. UMT - Universiti Malaysia Terengganu
  9. UniMAP - Universiti Malaysia Perlis
  10. UNIMAS - Universiti Malaysia Sarawak
  11. UniSZA - Universiti Sultan Zainal Abidin
  12. UPM - Universiti Putra Malaysia
  13. UPNM - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  14. UPSI - Universiti Pendidikan Sultan Idris
  15. USIM - Universiti Sains Islam Malaysia
  16. USM - Universiti Sains Malaysia
  17. UTeM - Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  18. UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  19. UTM - Universiti Teknologi Malaysia
  20. UUM - Universiti Utara Malaysia