Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kewajipan, Maruah dan Integriti

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) logo

PENGENALAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

LATAR BELAKANG

Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian diperingkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang telah di wartakan pada 10 November 2006. Walaupun UPNM akan memulakan pengambilan kumpulan pertama pelajarnya pada sesi 2007/2008, sebenarnya ia telah mempunyai pengalaman mengendalikan program pengajian di peringkat Sarjana Muda selama 11 tahun iaitu dari tahun 1995 hingga 2006 melalui program kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan Universiti Teknologi Malaysia. Seramai lebih kurang 1017 graduan telah dikeluarkan dalam tiga (3) bidang yang merangkumi Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan. Di samping memperoleh kelayakan profesional, semua graduan akan di tauliahkan sebagai Pegawai ATM dan mereka akan berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia.

FALSAFAH

Sebagai sebuah institusi nasional primier berdedikasi dalam menghasilkan pemimpin berintelektual yang menyerlah serta bersifat terpuji dan komited untuk berbakti sepenuhnya kepada negara dan menjayakan kelangsungan kepentingan strategik negara.

MISI

UPNM komited mencapai kecemerlangan perkhidmatan kepada negara sebagai sebuah universiti pertahanan primier dalam kepimpinan dan pembangunan profesional, penciptaan ilmu, penyebaran ilmu pengetahuan dan aplikasi sains pertahanan dan teknologi dan juga penyelidikan polisi.

OBJEKTIF

  • Menyediakan asas pengetahuan yang kukuh dan seimbang dalam bidang Kemanusiaan, Pengurusan, Sains dan Teknologi, serta menerap daya usaha intelektual melalui pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan usaha kesarjanan yang bertaraf antarabangsa.
  • Menanam semangat kesetiaan dan patriotisma yang tinggi untuk berbakti kepada Negara dengan berbekalkan ilmu, kemahiran serta kecekapan asas ketenteraan.
  • Membangunkan warga yang mempunyai tanggungjawab sosial dengan berteraskan kepada unsur-unsur kerohanian, etika dan moral yang terpuji.
  • Membentuk pemimpin masa depan yang memahami, menghayati, dan mempunyai sikap toleransi terhadap kepelbagaian etnik, budaya dan agama.
  • Membekalkan pemimpin masa depan dengan kebolehan berkomunikasi, penguasaan bahasa dan kemahiran sosial.
  • Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang Teknologi Pertahanan, Ekonomi dan Diplomasi, Hal Ehwal Ketenteraan serta Pengajian Strategik dan Keselamatan.

MOTO

KEWAJIPAN, MARUAH DAN INTEGRITI (Duty, Honor and Integrity)

LOKASI

UPNM beroperasi dari kampusnya yang terletak di Kem Perdana Sg. Besi, 57000 Kuala Lumpur malah telah mempunyai kemudahan pembelajaran, blok penginapan dan padang sukan serta kawasan rekreasi yang sesuai dengan keperluan sesebuah institusi pengajian tinggi.

PEMBIAYAAN / TAJAAN

Pelajar Awam boleh memohon biasiswa/dermasiswa/pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan dari Kerajaan Negeri atau badan-badan penganjur yang layak dipohon. Syarat dan peraturan penajaan dan pinjaman adalah tertakluk kepada pihak yang berkenaan. Antara penaja yang boleh membiayai pengajian di UPNM adalah seperti berikut:

  • Kementerian Pendidikan Tinggi
  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Tabung Amanah Pendidikan Negeri
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  • Yayasan Tenaga Nasional
  • Kementerian Belia dan Sukan
  • Majlis Agama Islam Negeri
  • Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
  • Nestle Manufacturing (M) Sdn. Bhd
  • Shell Malaysia
  • Yayasan Sime Darby
  • Biasiswa Kerajaan Negeri
  • Yayasan Anak Negeri
  • Yayasan Telekom Malaysia
  • Yayasan FELCRA
  • Yayasan FELDA
  • Yayasan Proton
  • Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
  • Yayasan Bursa
  • Kesatuan Guru-Guru Melayu
  • Skim Pinjaman Pelajaran Tinggi FELDA
  • Tabung Amanah Pendidikan Negeri
  • The Star Publication (M) Bhd
  • Yayasan Tun Tan Cheng Lock
  • Jabatan Zakat Negeri
  • Lain-lain

PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN OLEH UPNM

  • IJAZAH SARJANA MUDA DOKTOR PERUBATAN
  • IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN AWAM
  • IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
  • IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI)
  • IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (KUASA)
  • IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (SISTEM CERDAS)
  • IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (KESELAMATAN SISTEM KOMPUTER)
  • IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MARITIM
  • IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN STRATEGI
  • IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PERTAHANAN
  • IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL (BAHASA DAN KOMUNIKASI SILANG BUDAYA)

Pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan akan menjalani praktikal di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan yang terletak di Seksyen 2, Wangsa Maju. Hospital ini akan menjadi sebagai Hospital Pengajar kepada semua pelajar Program Sarjana Muda Doktor Perubatan di UPNM.

KEHIDUPAN DI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA SEBAGAI PELAJAR

Kehidupan sebagai pelajar di UPNM berorientasikan disiplin yang tinggi. Semua pelajar UPNM akan menginap di dalam kampus kerana UPNM mempunyai kemudahan asrama yang mencukupi untuk menampung semua pelajar. Pegawai Kadet UPNM adalah diwajibkan menyertai latihan ketenteraan seperti yang telah ditetapkan oleh UPNM. Manakala Pelajar Awam perlu mengikuti Latihan PALAPES. Latihan yang dijalankan ini bertujuan untuk melahirkan graduan UPNM yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan yang tinggi malah mempunyai kekuatan fizikal yang jitu bagi menempuh alam pekerjaan kelak.

Semua pelajar UPNM juga akan mengalami kehidupan regimented dan kurang bebas seperti yang dinikmati oleh pelajar IPTA lain. Walau bagaimanapun, kehidupan yang kurang bebas ini telah disusun dan dikawal bagi memastikan pelajar-pelajar UPNM sentiasa berada dalam keadaan disiplin yang tinggi. Para pelajar perlu berjalan dalam kumpulan dan bergerak dari asrama ke dewan kuliah. Ini sejajar dengan amalan tentera yang berdisiplin.

Selain itu, waktu kuliah telah ditetapkan mulai jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang setiap hari. Manakala pada waktu petang, semua pelajar diwajibkan berada di padang untuk bersukan. Pada waktu malam pula, pelajar UPNM akan mengikuti kelas ganti (sekiranya ada) ataupun mengulang kaji pelajaran. Kesemua jadual harian perlu dipatuhi oleh semua pelajar iaitu Pegawai Kadet dan Pelajar Awam.

Pelajar di UPNM telah diwajibkan untuk menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bahasa asing (Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol, Bahasa Mandarin, Bahasa Arab, Bahasa Jepun, Bahasa Rusia). Kelas bahasa asing turut dijalankan pada waktu malam kerana tenaga pengajar terdiri daripada tenaga pengajar sambilan.

KEPERLUAN FIZIKAL PELAJAR AWAM UPNM

Calon-calon yang memohon ke UPNM melalui Kategori STPM/Setaraf adalah dikategorikan sebagai Pelajar Awam. Walau bagaimanapun, ciri-ciri fizikal seperti berikut ditekankan semasa permohonan masuk ke UPNM kelak :

  • Tinggi (minimum) : 1.62 m (lelaki) 1.57 m (perempuan)
  • Berat (minimum) : 47.5 kg (lelaki) 45.0 kg (perempuan)
  • Body Mass Index : 17 hingga 27
  • Penglihatan : Tidak cacat penglihatan serta tidak rabun warna
  • Penyakit : Tidak mempunyai penyakit yang akut (lelah, semput, sawan dan sebagainya) serta tidak mempunyai penyakit keturunan

PELUANG KERJAYA

Peluang kerjaya bagi Pelajar Awam UPNM adalah sangat luas dalam perkhidmatan awam dan swasta. Antara peluang kerjaya tersebut adalah seperti berikut :

  • Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (Memohon kepada Kementerian Pertahanan untuk menyertai Skim Pegawai Graduan)
  • Jurutera
  • Penganalisis sistem dalam sektor perbankan
  • Jurutera perisian dan sistem komputer
  • Jurutera dalam industry telekomunikasi
  • Jurutera institusi pengajian teknikal
  • Jurutera industry pembuatan komponen elektrik
  • Jurutera automotif
  • Jurutera dalam pengurusan projek
  • Pemasaran teknologi
  • Pengurus pengkalan data
  • Juruanilisa
  • Usahawan ICT
  • Pengurus Sistem Multimedia
  • Pembangunan e-Dagang
  • Pemasaran Teknologi
  • Jururunding
  • Penyelidik pemasaran
  • Perancang Strategik
  • Jurutera Aplikasi
  • Pentadbir profesional
  • Peruding keselamatan
  • Pengurus projek
  • Pengaturcara
  • Penyelidik
  • Bidang maritim
  • Pegawai diplomatik
  • Pegawai Laut
  • Penterjemah Bahasa

MAKLUMAT LANJUT

Segala pertanyaan mengenai Program Ijazah Sarjana Muda boleh dikemukakan kepada :‑

Ketua Penolong Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur

atau

Penolong Pendaftar
Unit Kemasukan dan Promosi
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Telefon : 03-90513400
Faks : 03-90562511
Laman Web : http://www.upnm.edu.my